MALAYSIAKU GEMILANG
*Posting ini akan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu sempena kemerdekaan negara ke-50, Bulan Mendaulatkan Bahasa Melayu. MERDEKA!!
3 hari selepas sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke 50. Semangatnya masih terkesan di hati. Yusuf Fahim yang baru berusia 16bulan, masih belum boleh menuturkan kata, apatah lagi memahami erti merdeka, masih lagi teruja meneriakkan “kkkhaaaa” bermaksud merdeka setiap kali melihat Jalur Gemilang berkibar. Lebih meriangkan bila melihat dia bersemangat mengibarkan bendera mengikut rentak lagu tema Malaysiaku Gemilang di depan televisyen. Anak kecil pun tahu menghargai hari merdeka.
Siapa aku pada tahun ke 50 kemerdekaan negara?
Umur : 29 tahun 7 bulan 10 hari
Status : Isteri kepada A.Fadil Abd Majid ~ usia perkahwinan 2 tahun 3 bulan 11 hari ,Ummi kepada si comel Yusuf Fahim ~ 1 tahun 4 bulan 8 hari, Bakal melahirkan cahaya mata kedua kami pada 2 November 2007 , Insya-Allah
Kerjaya : Masih lagi seorang Jurutera Awam dan Struktur di J*rutek C*nsultants, dari selepas graduasi sehingga sekarang, dah 7 tahun. Masih belum bersedia untuk ke peringkat seterusnya, Jurutera Profesional. Banyak sangat alasan.
Kewangan : Masih belum merdeka. Masih ada hutang kad kredit yang berbaki hampir RM6k (ini jumlah 3 kad, yang amat jarang digunakan kebelakangan ni). Cuba menyimpan sedikit2, labur sikit dalam ASB, TH, Insurans. Alhamdulillah, masih cukup untuk belanja, lebih2 lagi masa2 karnival jualan murah.. hihihi.. Kereta dan rumah, ini adalah dua perkara yang perlu ditanggung setiap bulan.. Insya allah rumah baru kami akan siap tahun depan. Yeay!!
*Merdekakah aku?